Facebook
RSS

DUGAAN DALAM PERHUBUNGAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

     Assalaimualaikum hye kengkawan. Lama Aiyen xupdate kan. Sorry busy sikit kat kampung. Kali ni Ayien xnak cerita tapi mungkin lebih kepada satu luahan perasaan. Pernah bercinta??Aiyen pun macam kawan-kawan xboleh lari dari perasaan cinta. Bagi Aiyen itu perasaan and perasaan kita xboleh nak halang. Kalau dah bercinta pastinya xpernah lari dari dugaan.

     Okeyhla, Aiyen cerita dari mula keyh. Malam tu Aiyen ngn miss N bergaduh disebabkan ada hal yang dirasakan xkena bagi kami berdua. So Aiyen xsuka nak tengking2 nie sebab Aiyen dah buang dah perangai lama Aiyen. So bila Aiyen cakap elok-elok, bincang.. tetiba pulak miss N nie tengking2. Okeyh..masih bersabar..masih bincang n kali nie dengan nada keras sikit Aiyen bercakap. Bukan apa nak menyatakan perkara tu dia xpatut buat kalau orang cakap elok-elok. Then sekali lagi dia tengking2,kali nie paling kuat dia tengking. Kali ni Aiyen dah hilang sabar, laki dah marah memang tarik "hang aku" la kan tapi still dalam nada slow cuma tegas sikit, sebab nak kawal keadaan,bukan saja-saja nak marah. Then Miss N nie pon majuk la kan. Dah nama pon laki, 5 minit tadi dia marah,so memang lambat sikit la cooldown dia tu kan. 

    Besok tu memang xtext la kan. Masing-masing dengan perangai masing-masing. Lelaki memang terkenal dengan keegoan mereka kan..so selagi dalam mood marah still do no jea muka dia tu. Tapi tu la kan. dah kata sayang, so godek2 la twitter then terjumpa ayat dia nie "kau yang tinggalkan aku. now nak salahkan aku pulak?". Ya Allah.. sapa xsakit hati bila benda yang langsung kita xpernah cakap dikata kita yang cakap. Sapa yang xsedih bila kena macam tu. Disababkan xtahan sangat perasaan geram tu Aiye meng"IA"kan ja apa yang dia cakap so Aiyen Update jea la "now I'am Free men". Aiyen taw nanty miss N akan baca. So dia baca and paling mengejutkan dia update kat FB lak "now I'am free men". saja nak tujukan pada Aiyen la tu. Sebab malas nk bertekak dalam FB, Aiyen diamkan jea. Malas ambik port la katakan.

    Kelebihan lelaki nie walaupun dia sakit hati kea marah kea dia still boleh senyum. Lepak macam besa  macam xda masalah tapi di dalam sapa tahu??hurmm..then malam tu Aiyen tengok la FB dia. Ramai la kawan2 support dia,xcukup dengan support dia ada yang menghina Aiyen pon ada. Aiyen buat xtaw lagi. Kebesokkan harinya Aiyen buka FB dia lagi kali ni member-member dia memang dah melampau, baru dengar masalah member dari sebelah pihak, lagi sebelah pihak dah dipersalahkan dikatakan jahat,xpandai meghargai ,patut tinggal di hutan jea orang macam tu. Aiyen taw la kawan mesti la ambik berat pasal kawan-kawan kan.

    Kali nie Aiyen xleh tahan geram tapi xboleh buat apaea. Sampai satu tahap Aiyen rasa mata Aiyen rasa hangat hampir tertumpah air mata menahan geram,sakit hati n paling xsangka miss N langsung xbackup Aiyen. Hanya Allah jea yang tahu apa perasaan Aiyen masa tu. Aiyen xpernah pon masuk campur dalam hal perhubungan mereka, tapi npea mereka tu masuk campur dalam hal kami, xcukup dengan masuk campur di hina bagai. disebabkan mulut longkang korang keadaan jadi lebih teruk. Apa masalah korang ngn aku??Aku xpernah kacau hubungan korang and xpenah ambik port langsung even aku jumpa korang kat luar ngan balak korang. Korang lepak ngn balak korang dari siang sampai besok aku xpenah ambik port pon. Then bila dalam hubungan kami korang nak masuk campur pehal??Hurmmm.. Aiyen tahu ramai kawan-kawan dia support dia, backup miss N. 10 orang VS sorang, lembik la sorang tu kena kan.

    cukupla penghinaan yang diberi pada Aiyen. Kalau miss N pandai dia xterpengaruh ngan kata-kata kawan dia, kalau miss N yakin dengan dirinya, dia pandai menyelesaikan masalah bukannya terpengaruh dengan kawan-kawan dia. Orang sekeliling bukannya rasa macam kita rasa, sekadar mendengar masalah then salahkan seseorang tu dengan kutukan,penghinaan n mostly akan cakap pasal keburukan n kekurangan pihak sebelah. Aiyen sedar sapa Aiyen, Aiyen bukan binatang nak panggil tinggal di hutan nak dipanggil sekor, Aiyen bukan kucing or anjing nak ditegking dimaki dihina. Aiyen manusia. Perasaan xpernah xcukup satu.sama jea ngn manusia lain. Xsuka just cakap, kalau dah benci jangan perli jangan menghina just cakap.hurmmm..

    Susah kea nak cakap??xsusah pon kan. Miss N just tahu update pasal dirinya yang sakit tapi masih bole online tu. Aiyen sakit n sampai disuruh pergi ke hospital masih oke jea. masih bole lepak, online, update blog tolong mak ayah Aiyen. seminggu dah sakit tapi baru semalam bagitau kt parents. relex jea. Hurmmm.. Papeapon maseh KAWAN-KAWAN miss N. Korang memang MEMBANTU sangat-sangat. Aku akan ingat sampai bila-bila penghinaan yang korang buat terhadap aku..terima kasih :D



    

     

     

[ Read More ]

HUZAIFAH IBNU YAMAN: PENYIMPAN RAHSIA NABI

HUZAIFAH IBNU YAMAN: PENYIMPAN RAHSIA NABI


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum kawan-kawan..hari nie Aiyen nak kongsikan sebuah kisah yang menarik and seronok di baca. Kisah seorang hamba Allah yang pernah ada di muka bumi ini. Insyaallah ada manfaatnya apabila kita membaca kisah ini..

Huzaifah bin Al-Yaman antara sahabat nabi yang sangat masyhur. Bapanya bernama “Husail bin Jabir Al-‘Absi Al-yamani”. Beliau merupakan “sohib As-Sir” atau penjaga rahsia nabi SAW.

Memandangkan beliau adalah manusia yang disebut sebagai “penjaga rahsia nabi SAW”, menyebabkan banyak nama-nama para munafiq berada ditangan beliau. Semuanya ini disebabkan kepercayaan yang diberikan oleh Nabi kepada beliau. 

Pernah suatu hari, Omar bin Al-Khattab bertanya kepada Huzaifah, apakah nama beliau antara yang tersenarai sebagai orang munafiq. Lalu dijawab oleh Huzaifah, bahawa Omar bukan dari kalangan mereka[1]. 

Disebabkan beliau menyimpan rahsia-rahsia nabi, menyebabkan beliau pernah menyebut; 

والله إني لاعلم الناس بكل فتنة هي كائنة فيما بيني وبين الساعة 

Maksudnya; 
“Demi Allah, sesungguhnya aku adalah manusia yang paling banyak mengetahui dengan setiap fitnah yang akan berlaku diantaraku dan hari kiamat”

Beliau diberikan kelebihan oleh Allah, bahawa mempunyai firasat yang sangat tinggi, sehinggakan beliau mampu menafsirkan wajah manusia tentang apa yang terkandung dalam hati mereka. 

Antara kehebatan firasat Huzaifah adalah, boleh dikatakan, permukiman Kufah adalah dibuka oleh Huzaifah. Ini kerana, ramai dari pemukiman Kufah berasal dari Madyan yang ketika itu ditimpa penyakit yang tidak diketahui punca. 

Bagi memastikan pemindahan itu tidak membawa penyakit, terlebih dahulu Omar bin Al-Khattab menghantar Huzaifah bin Al-Yaman untuk menyelidiki keadaan di situ. Huzaifah pergi ke tempat tersebut bersama seorang kawannya, iaitu salman bin Ziyad. 

Sesampai di kufah yang ketika itu adalah padang pasir yang kosong. Menghirup udara disitu, terus difirasatkan oleh Huzaifah sebagai tempat yang tidak ada penyakit, menyebabkan disitulah bermulanya permukiman orang arab Madyan tinggal di Kufah. 

Bapa beliau yang bernama Husail bin Jabir Al-‘Absi Al-Yamani juga beragama islam, beliau syahid dalam peperangan uhud ekoran tersilap bunuh oleh salah seorang sahabat nabi kerana menyangka ianya adalah musyrik. Huzaifah merasa sedih dengan kejadian tersebut. 

Berita pembunuhan tersilap itu dikhabarkan kepada Nabi Muhammad SAW, menyebabkan Nabi SAW dibayar diyat kepada Huzaifah. Bayaran Diyat itu diterima oleh Huzaifah, tetapi tidak digunakan untuk kegunaan peribadinya, bahkan dibahagikan kepada kaum muslimin. Keadaan inilah, menyebabkan baginda SAW bertambah sayang kepada huzaifah. 

Mempunyai ketaatan kepada rasulullah terlalu tinggi, hatta sanggup menggadaikan nyawa. Pernah berlaku dalam kejadian peperangan Ahzab (nama lain : Khandak), Nabi SAW melantik beliau menjadi pencari rahsia kuffar dengan menyelinap masuk bagi menyelidiki dan mengetahuai rahsia yang wujud dikalangan tentera kuffar. Kerja itu adalah berat, tetapi diterimanya dengan hati terbuka. 

Semasa sedang menuju secara sembunyi-sembunyi ke tempat kumpulan Kuffar itu, dengan pertolongan Allah, angin kencang datang menyebabkan api pelita terpadam. 

Dengan terpadamnya api pelita yang mengakibatkan kegelapan, diambil kesempatan oleh Huzaifah untuk masuk dalam perkumpulan tentera kuffar. 

Abu Sufyan sebagai panglima perang kuffar bimbang perkumpulan mereka dimasuki musuh, menyebabkan mengarahkan agar tentera itu memegang tangan kawannya masing-masing, lalu bertanya nama. 

Mendengar arahan itu, huzaifah dengan cepat memegang tangan orang kelilingnya lalu bertanya tentang nama mereka. 

Dalam keadaan gelap itu, kedengaran suara Abu Sufyan menyebut bahawa puak Yahudi Quraizah telah mengkhianati mereka menyebabkan mereka terpaksa berundur, lebih-lebih lagi dengan kedatangan angin tiupan yang terlalu kuat sehingga memporak perandakan kekuatan pertahanan mereka. 

Huzaifah meninggal dunia di Madyan (sekarang : Lubnan) pada tahun 36 hijriyyah dalam umur yang terlalu tua. Beliau meninggal dunia selepas mendapat berita pembunuhan terhadap Saidina Osman bin Affan. 

Semasa hampir dengan saat meninggal dunia itu, dia meminta agar sahabat-sahabat menunjukkan kepadanya kain kafan yang digunakan untuk mengkafankannya. Apabila dibawa kepadanya, dilihat kain itu jenis yang elok, lalu diminta agar kain yang untuk dikafankannya itu bukan kain yang jenis mahal. 

Semasa saat dia mahu menghembuskan nafasnya yang terakhir, para sahabat terdengar ucapannya seperti berikut;

“selamat datang wahai Maut; kekasih tiba di waktu rindu; hati bahagia tak ada keluh dan sesalku”
[ Read More ]

    Blogger news

    Animated Superman Logo

    Blogger templates

    Animated Superman Logo