بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum..sahabat-sahabat Aiyen yang Aiyen cintai,sayang,kasih dan most important kita saudara. Dalam kekalutan video "macam comel jer,macam santek jer" Aiyen cuba untuk menulis sedikit titipan dalam blog Aiyen ni..waaaa..buleh tara tu??hahaha..jangan marah yea Syasya.Cheq gurau ja noh..hehe. Alhamdulillah..Aiyen rasa macam beruntung sangat dapat menikmati nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Subhanallah..Okeyh..baru-baru nie Aiyen pergi ke Pulau Besar, Melaka sebab ada aktiviti kelab di sana.Alhamdulillah Aiyen dapat jawapan yang Aiyen cari selama ni..soalan dia senang jea "SIAPAKAH AKU". 4 tahun Aiyen cari and the end Aiyen dapat juga..Alhamdulillah. Bila Aiyen dapat taw, Aiyen malu, malu dengan Pencipta Aiyen, malu and hinanya Aiyen untuk meminta-minta padaNYA.Subhanallah..
Pada hari kedua kem Aiyen diberi persoalan yang lain, Maha suci Allah, Dia memberi soalan yang lain apabila hambaNYA mendapat jawapan.. Di berikan satu ilham pada seorang hambaNYA untuk bertanya bersama pecarian bagi hamba-hambaNYA. So sebagai seorang hambaNYA, kita harus merujuk Al-quran and sunnah terdahulu k. So ada seorang pakcik ni dia bertanya "haiwan tu diciptakan dari apa". Waaa...gagap jugak nak cakap.
Alhamdulillah Aiyen dapat jawapannya. Jawapannya adalah pada surah Annur ayat 45 :
"Dan Allah menciptakan tiap-tiap aaiwan itu dari air maka sebahagian dari mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antara mereka berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Ia dikehendakiNYA (selain dari yang tersebut) kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu"
See??senangkan bila kita paham and dekat dengan kalam Allah. Tapi Aiyen sedeh bila Aiyen boleh membaca Al-Quran tapi susah memahami kalam Allah tapi Insyaallah Aiyen akan berusaha. Hurmmm... So dah dapat jawapan kan. binatang tercipta daripada air. Subhanallah.. Agungnya Allah dalam cinta dan kasihNYa pada hamba-hambaNYA.
Tapi tumbuh-tumbuhan pula tercipta dari apa??. Agak-agak pokok-pokok tercipta dari apa?? Jawapannya ada pada surah Al-Anbiyaa ayat 30 :
"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum(sebagai benda yang satu) lalu kami pisahkan antara keduanya?? dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup?? maka mengapa mereka tidak mahu beriman??
Maha Besar Allah, apakah kita masih tak terbuka akal fikiran kita tentang hal-hal yang disekeliling kita? Jawapan sudah diberi dalam perjalan kita sebagai hamba,musafir di bumi Allah,yang fakir di mata Allah. Masih kita mendustakan ayat-ayat Allah akan ciptaanNYA??sanggup mempercayai teori-teori tanpa merujuk Kalam Allah?So penutup untuk kali ni Aiyen Tinggalkan persoalan untuk reader-reader "Jahilkah kita?". Assalamualaikum.