بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum kawan-kawan.. Lama Aiyen Menyepi almaklumla busy sikit denga tugasan Aiyen. Abaikan pasal Aiyen, Cuba tengok tajuk "Cinta-Cintun??".. Apa punya tajuk la Aiyen letak nie kan tapi itu la yang Aiyen nak bercerita sikit pasal Cinta nie. Apa yang kita faham pasal Cinta? Hurmmm orang tua-tua cakap "cinta itu buta"..Benarkah??
Bagi Aiyen cinta itu xpernah buta tetapi manusia membutakan cinta itu.Cinta itu terletak pada kalimah"Bismillahhirrahmannirrahim"..Kenapa BismillahHirrahmannirrahim? Okeyh Aiyen ceritakan kenapa Aiyen anggap cinta itu terletak pada kalimah di atas. Pertama Aiyen Ambil maksud Ar-Rahman yang membawa maksud Maha Pengasih dan Ar-Rahim membawa maksud Maha Penyanyang. Dalam bahasa mudahnya Kasih Sayang. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang ini lah Allah menciptakan Manusia dari 7 pati tanah yang busuk lagi hanyir. Dengan rasa kasih dah sayang DIA meniupkan roh kedalam jasad kita.
Allah sayang kita sekali jea kea??tyme DIA ciptakan kita jea kea?? itu salah! DIA telah turunkan seorang manusia Bernama ADAM dan HAWA. Nabi Adam terasa sunyi pabila beliau hidup berseorangan di bumi , lalu diturunkan Hawa. Untuk apa hawa diciptakan??Hawa diciptakan adalah untuk berkasih sayang,berkhwin lalu mendapat zuriat. Dengan kasih sayang mereka membesarkan anak-anak mereka. Tak pernah sekali pon terasa terkurang kasih dan sayang mereka curahkan.
Itu dari zaman permulaan manusia diturunkan dari syurga ke bumi. So sekarang dalam kita tidak sedar perasaan kasih dan sayang yang ALLAH berikan itu tidak pernah berkurang sejak dari zaman penciptaan ADAM dan HAWA. Perasaan itu tidak pernah terputus,sentiasa mengalir dari zaman ke zaman,dari keluarga ke keluarga,dari sepasang suami isteri ke anak-anak mereka. dan dari zaman NAbi Adam hinggalah sekarang kita menyebut BismillahHirrahmannirrahim.. Dengan kasih Sayang Allah kita berkongsi perasaan kasih dan sanyang itu. Lahirnya dari hati lalu dituruti oleh anggota badan lalu di selang-selikan dengan pelbagai perasaan. Hidup ini indah bukan??
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." [Ar-Rum, ayat 21]