Facebook
RSS

BERKAWAN

-
Unknown

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum sahabat serta saudara seagamaku. Sebelum kita teruskan bercerita tentang tajuk "BERKAWAN" nie,so lebih molek kalau kita hayati sedikit pesanan Luqman kepada anaknya. Pesanan beliau berbunyi begini 

"Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah."

 Ini adalah salah satu petikan pesanan Luqman kepada anaknya  Hurmm.. sebenarnya Aiyen nak bercerita tentang sahabat-sahabat kita nie. Mybe dalam tidak sedar Aiyen dah melukakan hati mereka dan mungkin juga mereka dah melukakan hati Aiyen. Who Know??. Okeyhlah. Dalam dunia nie Allah dah menciptakan satu makhluk yang mulia untuk dijadikan khalifah di muka bumi ini iaitu manusia. Manusia sendiri terdiri daripada 2 iaitu lelaki dan perempuan. So dalam dunia hari ini khasnya seperti sedia maklum kaum hawa melebihi kaum lelaki. setuju?? dan itu adalah fakta. Kaum hawa lebih banyak melanjutkan pelajaran di University-university serta sewaktu dengannya. setuju??..

So Aiyen sebagai lelaki dan juga seorang mahasiswa takkan la Aiyen xberkawan dengan kaum hawa,xkanla Aiyen xtudy dengan kelompok hawa?sapa cakap xpernah tu menipu jawabnya. So masalah yang wujud di sini adalah "KATA-KATA". Aiyen belajar dengan kawan lelaki, then Aiyen xpaham satu soalan tu, and Aiyen bertanya kepada beliau. So dia jawabla. cerita punya cerita, haram Aiyen xpaham. So patutkah Aiyen bertanya pada orang sama?? comform2 la xkan. So Aiyen study dengan sorang perempuan nie and cara penerangan dia lebih mudah faham and senang. So of couse la Aiyen akan pergi study dengan kaum hawa tu.  So timbul lagi satu cerita "si mulut longkang" yang mengatakan si polan ni kerjanya nak study degan awek jea ngan kita xmau la pulak. Wey...dah xpaham dengan cara hampa ajaq macam mana aku nak study?? Bila berat belah kanan,belah kiri merungut, bila berat belah kiri belah kanan mengata.

So bagi Aiyen2 malas nak fikir apa yang mereka kata pada Aiyen, Janji Aiyen xbuat perkara xsenonoh dan menjaga pergaulan antara laki2 dan perempuan and pada masa yang masa dapat mengeratkan ikatan silaturrahim antara saudara seperjuangan dalam perjuangan menuntut ilmu ni serta menjaga hati dua-dua belah pihak.Insyaallah.

"Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan."



Ada sesiapa yang membaca kisah ni??
bacala kisah nie yang mengisahkan tentang perihal 
mulut orang tidak boleh di tutup dan 
seorang hamba Allah yang teguh akan pendirianya.

“Wahai anakku, sekiranya kamu sentiasa melihat dan mengharap kepada pandangan manusia, tiada apa yang bakal berubah pada keadaannya. Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Sikap manusia tidak akan berasa senang dan gembira dengan orang lain.Orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja dan sesiapa memahami kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu.”Yakinlah akan dirimu sendiri dan setelah dilaksanakan sebaiknya, maka bertawakallah kepada Allah SWT.”




One Response so far.

  1. Anonymous says:

    Takkan ada orang mengata kot yunk ??

Leave a Reply

    Blogger news

    Animated Superman Logo

    Blogger templates

    Animated Superman Logo