Facebook
RSS

ANTARA PENAFIAN SERTA MEMBENARKAN KALIMAH TAUHID

-
Unknown

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



"sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata "Tuhan kami ialah Allah",kemudian mereka tetap teguh di atasnya, maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka lah ahli syurga tetap kekal mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan "   - Al - Ahqaf 46:13-14


Assalamualaikum. hye kawan-kawan Aiyen yang comel-comel dan kacak-kacak belaka nie.. Alhamdulillah..syukur Aiyen panjatkan pada Ilahi kerana masih berikan kudratNYA untuk Aiyen menaip dalam blog Aiyen nie.. okeyh...Hari nie Aiyen nak tulis sikit pasal agama. Kalau ada salah dan silap harap sangat-sangat kawan-kawan Aiyen nie dapat tegur Aiyen. Maklumla Aiyen nie mausia,adakala Aiyen khilaf dalam sesuatu perkara sama ada sedar or tak..

 أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا ر


"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"


Kalimah tauhid nie la yang kita selalu kita lafazkan kan. apa yang kawan-kawan Aiyen nie faham akan kalimah nie? So kali ini Aiyen nak terangkan serba sedikit tentang kalimah tauhid yang menjadi pegangan kita semua nie. Tahukah kawan-kawan bahawa dalam kalimah ini memiliki penafian dan membenarkan??Apa yang kita nafikan dan apa yang kita benarkan daripada kalimah tersebut?

Aiyen mulakan dengan apa penafian yang kita lafazkan dalam kalimah tauhid ini. Oppss sebelum tu jangan fikir yang bukan-bukan okeyh. Baca dulu baru taw.hehe..

Dalam kalimah ini kita menafikan bahawa "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH". Tiada wujudnya tuhan selain Allah. Maknanya tuhan itu satu sahaja (maha Esa). Tiada dua mahupun tiga, Hanyalah satu. Jika ada golongan-golongan hamba Allah yang mengaku tuhan itu ada dua,tiga maka kafirlah dia. xpercaya?? ayat dibawah adalah buktinya

"Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah adalah Al Masih putera Meryam",padahal Al Masih (sendiri) berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu" Sesungguhya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seseorang penolongpun."    [Al Maa-idah :72]


So dah paham tentang Penafian kita? Sekarang kita masuk pula pada "Apa yang kita Membenarkan di dalam Kalimah tauhid tu??". So disini Aiyen nak terangkan serba sedikit info yang Aiyen tahula. Aiyen pun masih belajar. Salah tu nasihatla k. Apa yang kita membenarkan dalam kalimah tauhid tu adalah "AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH". Ini adalah kalimah tauhid yang kita membenarkan. Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, Baginda adalah Rasullulah S.A.W.

"Bertanyalah (wahai Muhammad) : Apakah sesuatu yang lebih besar persaksianya? (Baginda menjawab) Katakanlah: Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu dah diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran denganya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakuinya? Katakanlah lagi: Hnyasanya Dialah Tuhan Maha Esa dan sesunggunya aku adalah berpelas diri dari apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)" [Surah Al An'am ayat 019]


So isu yang timbul adalah "SAKSI". Macam mana kita boleh bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah sedangkan kita tidak nampak pada masa itu?? So disinilah umat manusia islam khususnya akan terdiam jika disoal. Maksud dengan bersaksi ini adalah kita Melafazkan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan melakukan dengan perbuatan.

Melafazkan dengan lidah adalah menyatakan bahawa Tiada tuhan melainkan Allah, bersungguh-sungguh  menyatakan bahawa tuhan itu adalah Allah dan Muhammad Itu Pesuruh Allah. Membenarkan dengan hati, kita bertekad sekeras dan seteguhnya bahawasanya Allah itu Esa dan Muhammad itu kekasih Allah,dialah Rasullulah S.A.W. Melakukan dengan perbuatan, kita melakukan tuntutan Allah, solat 5 watu,zakat,puasa. Sunah nabi kita lakukan. Insyaallah.

"Maka barangsiapa yang menjumpai itu (perpecahan umat) hendaklah dia berpegang kepada sunnahku dah sunnah para khalifah uang menunjukkan kepada kebaikan dan mendapat petunjuk, gigitlah sunnah ini dengan gigi geraham," - Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Okeyhla sampai disini dulu la info kali nin.Aiyen pun dah mengantuk, Insyaallah ada masa Aiyen update lagi...ok...Assalamualaikum




Leave a Reply

    Blogger news

    Animated Superman Logo

    Blogger templates

    Animated Superman Logo